BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 26, 2009

Pantun Sakit Hati !!!

Hahahahahahahahaha!!!!!!!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Monday, December 21, 2009

Aku menang!!!

Pada 19&20/12/2009..aku telah menyertai satu karnivel keusahawan&ICT yg dianjurkan oleh MSC..karnivel 2 depa bwat kt sek.keb.kuala kurau..aku masuk karnivel nie pown sbb kawan aku yg bg taw kat aku psl karnivel 2..banyak gk pertandingan yg depa bwat masa karnivel 2 diadakan..pertandingan blog,bwat movi,bwat poster..dengan bakat yg tlh lama aku plajari,aku turut serta dlam prtandingan "mencipta blog"..hehe..mana taw bleh mng..kawan aku yg sorang 2 dya masok prtndingan "bwat movi"..apa2 pown kmi juba dlu..ramai gak yg msok prtandingan bwt blo 2,ada ar dlam 30 orang..yg mai tengok pown ad,temasok la ust shahril "sifu" aku..hehe..dengan berkat&kesungguhan yg ada dlam diri aku..aku dapat "JOHAN"dlam prtandingan mencipta blog..huhu,syukur alhamdulillah..x sia2 aku blajaq kt ust aku..terima kasih ust..kwan aku yg sorang 2 dpat tmpat ke-3 dlam prtandingan bwat movi..kami bangga dengan diri kami..sekarang bakat yg ada kt aku,aku dh tonjolkan..nak tengok blog yg telah aku hasilkan,,layari,www.kualakurau-1.blogspot.com..heeeeeeeee..


kusyuq tengah memblog..org amek gmbaq pown dh x sdaq..




syafiq mt isa..tengah pasang wayer spiker..


yg pakai bju wana kuning 2 la sifu aku..ust shahril..


2 laa aku..dengan bangganya amek hdiah..hehehe..



Friday, December 11, 2009

Ayat-ayat Melankolik



Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah..
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa

Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia..
satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

Tuesday, December 8, 2009

Thukah Anda???

by admin/ http://kahkahkah.mnazman.com

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.